Isnin, 19 Januari 2015

Dukaku Bab 2

Tiba tiba masa aku nak bangun dari tilam dengan lembut Sofea menyentuh pipi aku. Aku rase seperti sesak dalam dada. Satu rasa rindu yang sangat menyakitkan.              " akak sayang sangat kat adik,jangan sedih lagi ye". Sofea memandangku dengan senyum yang manis.Perlahan-lahan air mata aku mengalir. Aku pejam mata sambil merasa lembut tangan itu. 
" Ya Allah" aku membuka mata sambil merasa pipi aku yang basah.Aku bermimpi rupanya. Sekali lagi. Aku melihat di setiap sudut bilik.bau wangian itu. Semuanya masih sama seperti dulu. Sama seperti 3 tahun yang lalu. Sama seperti ketika Sofea masih ada. Hidup bersama aku,mak dan abah. Aku melihat jam di meja rupanya baru pukul 4 pagi. Aku bangun menuju ke bilik air ingin mengambil wuduk. Solat malam buat jiwa aku tenang. Aku mengambil Al Quran dan membaca setiap helaian dengan niat bersedekah untuk Sofea. Untuk Arwah Sofea sebenarnya. Mengingatkan hakikat itu membuat air mata aku menitis laju. Aku sangat rindukan dia.

1 ulasan:

  1. Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    BalasPadam