Tiba tiba air mata aku mengalir laju. " Fahmi.." aku kelu dan tidak tahu apa yang aku perlu cakap dan apa yang perlu aku buat ketika ini. Fahmi masih tidak melepaskan tangan aku. " saya mintak maaf, Miera..saya tahu banyak yang awak nak cakap tapi saya cuma nak awak tahu inilah diri saya. Saya tahu semua ini melukakan hati awak" dia menunduk memandang muka aku. Aku melihat ada air yang mengalir dari matanya. Masa ini aku bukan nak bercakap tapi aku nak menendang mukanya. Aku nak pijak dadanya yang membukit yang aku tak tahu bila masa dia tumbuh. Aku nak koyakkan bajunya yang tak pernah aku pakai seumur hidup aku yang seksi nak mati tu. Aku rase nak beli krim super lebat dari Dherbs nak bagi betisnya berbulu lagi lebat dari betis aku.huh..apa dah jadi ni. Terus aku mengucap panjang dalam hati. " Kita kahwin ye Fahmi" aku melihat mata Fahmi sambil mengengam erat tangannya. Aku tahu aku pernah kata yang aku tak pernah ada perasaan kat dia tapi dalam kepala aku ni rasanya tu saja cara aku nak selamatkan Fahmi. Aku sayang dia. Aku tak nak dia hidup macam ini. Aku nak dia bertaubat. Dia ketawa kuat sambil menggelengkan kepala dan terus bangun berdiri di balkoni. " saya rasa lega bila awak dah tahu.saya tak tahu macam mana nak jelaskan kat awak sebelum ini dan Miera saya tak mahu kahwin dengan awak walaupun saya tahu awak buat tu untuk selamatkan saya. Saya dah pergi terlalu jauh..i'm happy..sangat sangat gembira dengan hidup saya Miera.." Dia tersenyum dan terus senyum. Bila aku dengar dia kata dia gembira dan bahagia aku rasa nak tolak dia jatuh dari balkoni tingkat sebelas. Mati terus lagi baik dari hidup macam ni Fahmi oiiiiii...
Dengan langkah longlai aku terus keluar dari rumah Fahmi. Dalam lif aku terjelepuk lemah. Air mata aku mengalir laju. Aku rasa lemah sangat. Apa yang perlu aku buat. Aku tak nak Fahmi terus hidup macam tu. Aku takut dia tidak sempat kembali ke jalan yang betul. Aku sayang dia..walaupun dia nampak lebih hot dan mengancam dari aku..bukannya aku cemburu tapi memang tak boleh blahla semua ni. Sampai je di rumah aku terus menceritakan apa yang terjadi pada mama. Terkejutnya mama sama seperti aku tadi. Nasib baik kami takde penyakit darah tinggi..tak pasal mati berdiri kami sebab terkejut. Patutlah selama ni aku tengok dia ni lain macam je lembutnya. Huh..bodoh betul aku ni..tak sedar jiwanya merana selama ni. Sejak peristiwa tu aku tak putus putus berdoa agar Allah membuka pintu hati Fahmi untuk berubah. Setiap hari aku bagi mesej tazkirah kat Fahmi..aku tahu aku bukan baik sangat tapi aku cuma nak Fahmi sedar yang dia tu buat dosa besar. Kaum yang dilaknat. Aku takut aku tak sempat membawa Fahmi pulang. Aku tak nak menyesal. Setiap kali aku telefon dan mesej semuanya tak dilayan. Dia betul betul menjauh dari aku dan yang lebih teruknya dari Allah SWT. Kini sudah setahun aku kehilangan Fahmi..aku pun tak tahu kemana Fahmi. Dia seperti ditelan bumi. Hilang tanpa jejak.
" ye mama..Miera dah sampai depan mall ni..ok..ok..Miera tunggu.." Ketawa kecil aku dengan gelagat mama. Takut sangat aku tinggalkan dia. Mama ni dari dulu sampai sekarang suka sangat shopping sama macam Fahmi. Dalam aku duk mengelamun tiba tiba aku terpandang rupa seperti Fahmi versi Mimi tu sedang berlegar di depan pintu masuk sedang bercakap telefon. Aku perhatikan dengan lebih tajam ye la sebab nak confirmkan dia..nak harapkan susuk tubuh dia memang aku dah tak kenal..lagi membukit lak aku tengok.melentik depan belakang. Aku terus keluar dari kereta dan berkejar ke arahnya. Nak patah kaki aku dengan heels tak hingat ni..nak cepat punya pasal tak sempat nak sauk selipar Jepun dalam kereta tadi. " Fahmi!!! " aku menjerit kuat memanggilnya. Terus dia menoleh ke arah aku. Tiba tiba dia berjalan laju ke arah bertentangan..aku terus mengejarnya tanpa hiraukan sakit kaki ini. Sewaktu dia ingin melintas jalan aku cepat cepat menarik tangannya. " lepaskan saya Miera!!! Dia menjerit nyaring depan aku melawan bunyi bising kenderaan yang tengah sesak. " aku taknak jumpa ko lagi perempuan.jangan kacau aku lagi boleh tak!!!!.lagi nyaring dari tadi. Masa tu aku rase macam waktu telah berhenti..selama ini Fahmi tak pernah bercakap seperti itu. Air mata yang ingin mengalir aku tahan sekuatnya. Aku cuma memandangnya berlalu pergi cuba melintasi jalan yang penuh sesak. Sewaktu aku berpusing aku terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat. Serentak itu aku berpaling kembali mencari Fahmi. Aku melihat beberapa buah kereta terbabas dan berpusing. Asap berkepul kepul..aku terdengar bunyi seretan tayar yang berhenti mengejut. Aku mencari kelibat Fahmi. Aku rasa sesuatu yang tidak kena..sekejap je aku tengok ramai yang berpusu pusu datang menolong mengeluarkan mangsa yang terlibat dengan kemalangan. Aku masih kaku tanpa bergerak dari tadi hanya mata aku yang bergerak. Aku mengucap panjang..dalam hati aku berharap Fahmi selamat. Biar dia jauh dari aku walau dia tak nak jumpa aku lagi pun takpe janji aku tahu dia selamat. Dalam kekalutan itu aku terdengar ada orang menjerit mengatakan ada orang tersepit bawah kereta. Tak tahu kenapa kaki aku laju mencari kereta itu. Sampai je ditempat itu aku terdengar suara orang merintih memanggil nama aku!!!!
"Miera..Miera..tolong saya.." Aku terduduk lemah melihat separuh badan Fahmi di bawah kereta. Aku dengan cepat cuba menarik Fahmi keluar. Aku tak mampu. Aku semakin panik melihat minyak dari kereta keluar. " Fahmi.awak tahan ye..nanti ada orang tolong kita." Aku menatap sayu wajah Fahmi. Tiba tiba aku mendengar letusan kecil dan mata aku terus membulat bila ternampak pecikkan api di bawah kereta. Beberapa orang yang cuba membantu tadi terus menjauhkan diri kerana takut kereta ini akan meletup. " Miera saya tak boleh nak mengucap..tolong ajar saya Miera.." Fahmi merayu aku. Aku cuba mengajar tapi lidah Fahmi masih kelu. Darah membuak buak keluar dari mulut dan hidung Fahmi. Dalam hati aku berdoa agar Allah permudahkan bagi Fahmi. "Adik,cepat jauhkan diri.kereta tu nak meletup" . seorang pakcik menarik kuat tangan kuat aku. Puas aku merayu supaya melepaskan tangan aku. Aku perlu selamatkan Fahmi. " tolong kawan saya pakcik, sa..." Belum sempat aku menghabiskan kata ,tiba tiba aku melihat kereta itu terbakar. Aku menjerit memanggil Fahmi sebelum aku melihat semuanya gelap gelita. Fahmi betul betul telah menjauh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan