Isnin, 19 Januari 2015

Dukaku Bab 2

Tiba tiba masa aku nak bangun dari tilam dengan lembut Sofea menyentuh pipi aku. Aku rase seperti sesak dalam dada. Satu rasa rindu yang sangat menyakitkan.              " akak sayang sangat kat adik,jangan sedih lagi ye". Sofea memandangku dengan senyum yang manis.Perlahan-lahan air mata aku mengalir. Aku pejam mata sambil merasa lembut tangan itu. 
" Ya Allah" aku membuka mata sambil merasa pipi aku yang basah.Aku bermimpi rupanya. Sekali lagi. Aku melihat di setiap sudut bilik.bau wangian itu. Semuanya masih sama seperti dulu. Sama seperti 3 tahun yang lalu. Sama seperti ketika Sofea masih ada. Hidup bersama aku,mak dan abah. Aku melihat jam di meja rupanya baru pukul 4 pagi. Aku bangun menuju ke bilik air ingin mengambil wuduk. Solat malam buat jiwa aku tenang. Aku mengambil Al Quran dan membaca setiap helaian dengan niat bersedekah untuk Sofea. Untuk Arwah Sofea sebenarnya. Mengingatkan hakikat itu membuat air mata aku menitis laju. Aku sangat rindukan dia.

Cerpen : Fahmi...Mi..

"Aduh!! Buta ke ko ni? ". Aku menjerit sambil mengosok bahu yang sakit kerana makhluk yang jalan macam takde mata. " maaf..saya tak sengaja" mak ai suara jantan ke ape ni. Lembut lain macam je. Badan macam jantan tapi suara macam tercekik cekodok. Alamak lapar lak perut ni. Ingatkan aku ye karang aku abis kelas nak buat cekodok resepi aku yang cipta sendiri. Semua orang yang pernah merasa cekodok aku tu mesti jadi giler sebab kesedapan, kerangupan di luar dan lembut di dalam. Sangat sedap kata mama..mama kata ye bukan aku. Aku bukan jenis manusia peras santan pekat pekat tu. Dalam duk tersengih teringatkan cekodok tu aku rasa gelap je depan mata aku ni. " oh mak ko" Terkejut aku tengok muka mamat tu dekat sangat dengan aku. Bagi penampar jugak nanti mamat ni. "Awak ok tak ni? Sori ye saya tak nampak tadi." Mak ai lemaunyer suara. Aku memandang je mamat ni. "Erm.hensemnyer" sempat lagi aku memuji. " hah.ape die" dia tersengih. Alamak aku ingat aku puji dalam hati tadi. Memalukan betul ko ni Miera. "Saya fahmi,awak?" " Miera" aku dengan tone suara yang lemah lagi lembut ni membalas. Hensem ye mamat tu sebab tu jadi lagu ni. Huh. Anak sapala ni. Ada jugak nak kena pelempang nanti. Gatai tak hingat. Bab suara tercekik tu takpe kawan dulu nanti ada masa baru aku baiki dia. Haha  tergelak aku dalam hati. Sejak itu kami menjadi kawan rapat. Bukan bercinta ye..berteman tapi mesra. Takde perasaan pun kat dia ni. Ntah tak tahu kenapa sejak dulu sampaila dah 3 tahun aku berteman ngan dia ni aku rase pelik sangat. Dia macam takde perasaan bila bercakap hal bercinta ni. Selalu dia pesan sambil gelak gelak kat aku supaya jangan jatuh cinta kat dia. Pelikkan? Aku berjuta-juta lagi rasa pelik takkan dia tak terjatuh cinta ngan aku yang cantik ni. Sori ye ni pun mama aku yang kata hal cantik tu. Dari zaman belajar sampai berkerja pun hubungan kami masih macam itu. Mama aku pun ingat kami bercinta. Tapi dalam sebulan ni aku langsung tak berjumpa ngan Fahmi. Setiap kali aku telefon pun tidak berjawab,mesej pun tak dibalas. Dia ni memang nak kene tendangan kuda aku ni. Dah mati ke. Hish.teruk betul pikiran aku ni. Teman baik tu aku duk kutuk. Aku sebenarnya rindu sangat kat dia. Kenapa dia buat aku macam ni. Hari hari aku duk tanya mama sampai mama naik muntah dengan pertanyaan aku. " apa kata Miera pergi rumah dia.tgk apa jadi kat teman awak tu" mama mengusulkan idea yang bernas lagi bijak. Kenapa aku tak terfikir lak nak pergi rumah dia. Cuma ketuk pintu dan berdiri depan pintu bukan masuk dalam. Fahmi ni sejak berkerja dia menyewa aparment sebab dia orang Sabah. Sebab tu aku kate dia hensem.berkulit cerah,tinggi kira cukup pakejla. Macam model. Bangga kejap aku ni.hehe. Petang tu lepas asar aku terus memandu kereta menuju rumah Fahmi. Mulut ni dah tersengih ni pikir nak bantai dia. Lari dari aku macam taknak bayar hutang,eh dia mana ada hutang ngan aku. Tak kira aku cuma nak jenguk dia je takut jadi apa apa kat anak teruna orang tu. Duk menyatimkan diri je dari dulu. Setiap kali aku tanya hal keluarga dia mesti tukar cerita. Rahsia ape tah. Pelik aku kuasa tiga ngan dia ni. Sampai je depan pintu aku terus menekan loceng,bertalu lak tu,ye la hati tengah marah maa.. "Fah..." aku tak sempat nak abiskan ayat tu bila aku rasa terkejut tahap gaban bila aku tengok orang kat depan aku ni. Seksi tak hingat dengan dress mini kaler merah. Wait da minit..aku macam kenal dia.  Serentak tu aku dengar ada suara kasar lelaki. " Mimi sayang,siapa tu?" lelaki tu bertanya. Aku rase dah nak keluar bijik mata sekali nak tersembul keluar tahik telinga. Aku rase nak patahkan tengkuk orang depan aku ni. Aku kenal sangat orang depan aku walaupun muka Celoreng. Mimi? Fahmi? Mama....Miera nak nangis ni. Miera rase nak bunuh orang je skang ni.huhu. Fahmi menarik aku masuk. Tangan aku dipegang kejap sambil dia mendudukkan aku di sofa. Lelaki yang bertanya tadi terus memandangku. Aku melihat Fahmi berjalan ke arah lelaki itu dan membisikkan sesuatu. Lelaki itu mengangguk-angguk kepala dan tersenyum manis sambil mengambil kunci dan terus keluar. Fahmi duduk depan aku dan menyentuh jemari aku. "Sejuk" dia berkata sambil mengosok tapak tangan aku.
Tiba tiba air mata aku mengalir laju. " Fahmi.." aku kelu dan tidak tahu apa yang aku perlu cakap dan apa yang perlu aku buat ketika ini. Fahmi masih tidak melepaskan tangan aku.     " saya mintak maaf, Miera..saya tahu banyak yang awak nak cakap tapi saya cuma nak awak tahu inilah diri saya. Saya tahu semua ini melukakan hati awak" dia menunduk memandang muka aku. Aku melihat ada air yang mengalir dari matanya. Masa ini aku bukan nak bercakap tapi aku nak menendang mukanya. Aku nak pijak dadanya yang membukit yang aku tak tahu bila masa dia tumbuh. Aku nak  koyakkan bajunya yang tak pernah aku pakai seumur hidup aku yang seksi nak mati tu. Aku rase nak beli krim super lebat dari Dherbs nak bagi betisnya berbulu lagi lebat dari betis aku.huh..apa dah jadi ni. Terus aku mengucap panjang dalam hati. " Kita kahwin ye Fahmi" aku melihat mata Fahmi sambil mengengam erat tangannya. Aku tahu aku pernah kata yang aku tak pernah ada perasaan kat dia tapi dalam kepala aku ni rasanya tu saja cara aku nak selamatkan Fahmi. Aku sayang dia. Aku tak nak dia hidup macam ini. Aku nak dia bertaubat. Dia ketawa kuat sambil menggelengkan kepala dan terus bangun berdiri di balkoni. " saya rasa lega bila awak dah tahu.saya tak tahu macam mana nak jelaskan kat awak sebelum ini dan Miera saya tak mahu kahwin dengan awak walaupun saya tahu awak buat tu untuk selamatkan saya. Saya dah pergi terlalu jauh..i'm happy..sangat sangat gembira dengan hidup saya Miera.." Dia tersenyum dan terus senyum. Bila aku dengar dia kata dia gembira dan bahagia aku rasa nak tolak dia jatuh dari balkoni tingkat sebelas. Mati terus lagi baik dari hidup macam ni Fahmi oiiiiii...
Dengan langkah longlai aku terus keluar dari rumah Fahmi. Dalam lif aku terjelepuk lemah. Air mata aku mengalir laju. Aku rasa lemah sangat. Apa yang perlu aku buat. Aku tak nak Fahmi terus hidup macam tu. Aku takut dia tidak sempat kembali ke jalan yang betul. Aku sayang dia..walaupun dia nampak lebih hot dan mengancam dari aku..bukannya aku cemburu tapi memang tak boleh blahla semua ni. Sampai je di rumah aku terus menceritakan apa yang terjadi pada mama. Terkejutnya mama sama seperti aku tadi. Nasib baik kami takde penyakit darah tinggi..tak pasal mati berdiri kami sebab terkejut. Patutlah selama ni aku tengok dia ni lain macam je lembutnya. Huh..bodoh betul aku ni..tak sedar jiwanya merana selama ni. Sejak peristiwa tu aku tak putus putus berdoa agar Allah membuka pintu hati Fahmi untuk berubah. Setiap hari aku bagi mesej tazkirah kat Fahmi..aku tahu aku bukan baik sangat tapi aku cuma nak Fahmi sedar yang dia tu buat dosa besar. Kaum yang dilaknat. Aku takut aku tak sempat membawa Fahmi pulang. Aku tak nak menyesal. Setiap kali aku telefon dan mesej semuanya tak dilayan. Dia betul betul menjauh dari aku dan yang lebih teruknya dari Allah SWT. Kini sudah setahun aku kehilangan Fahmi..aku pun tak tahu kemana Fahmi. Dia seperti ditelan bumi. Hilang tanpa jejak.
 " ye mama..Miera dah sampai depan mall ni..ok..ok..Miera tunggu.." Ketawa kecil aku dengan gelagat mama. Takut sangat aku tinggalkan dia. Mama ni dari dulu sampai sekarang suka sangat shopping sama macam Fahmi. Dalam aku duk mengelamun tiba tiba aku terpandang rupa seperti Fahmi versi Mimi tu sedang berlegar di depan pintu masuk sedang bercakap telefon. Aku perhatikan dengan lebih tajam ye la sebab nak confirmkan dia..nak harapkan susuk tubuh dia memang aku dah tak kenal..lagi membukit lak aku tengok.melentik depan belakang. Aku terus keluar dari kereta dan berkejar ke arahnya. Nak patah kaki aku dengan heels tak hingat ni..nak cepat punya pasal tak sempat nak sauk selipar Jepun dalam kereta tadi. " Fahmi!!! " aku menjerit kuat memanggilnya. Terus dia menoleh ke arah aku. Tiba tiba dia berjalan laju ke arah bertentangan..aku terus mengejarnya tanpa hiraukan sakit kaki ini. Sewaktu dia ingin melintas jalan aku cepat cepat menarik tangannya. " lepaskan saya Miera!!! Dia menjerit nyaring depan aku melawan bunyi bising kenderaan yang tengah sesak. " aku taknak jumpa ko lagi perempuan.jangan kacau aku lagi boleh tak!!!!.lagi nyaring dari tadi. Masa tu aku rase macam waktu telah berhenti..selama ini Fahmi tak pernah bercakap seperti itu. Air mata yang ingin mengalir aku tahan sekuatnya. Aku cuma memandangnya berlalu pergi cuba melintasi jalan yang penuh sesak. Sewaktu aku berpusing aku terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat. Serentak itu aku berpaling kembali mencari Fahmi. Aku melihat beberapa buah kereta terbabas dan berpusing. Asap berkepul kepul..aku terdengar bunyi seretan tayar yang berhenti mengejut. Aku mencari kelibat Fahmi. Aku rasa sesuatu yang tidak kena..sekejap je aku tengok ramai yang berpusu pusu datang menolong mengeluarkan mangsa yang terlibat dengan kemalangan. Aku masih kaku tanpa bergerak dari tadi hanya mata aku yang bergerak. Aku mengucap panjang..dalam hati aku berharap Fahmi selamat. Biar dia jauh dari aku walau dia tak nak jumpa aku lagi pun takpe janji aku tahu dia selamat. Dalam kekalutan itu aku terdengar ada orang menjerit mengatakan ada orang tersepit bawah kereta. Tak tahu kenapa kaki aku laju mencari kereta itu. Sampai je ditempat itu aku terdengar suara orang merintih memanggil nama aku!!!!
"Miera..Miera..tolong saya.." Aku terduduk lemah melihat separuh badan Fahmi di bawah kereta. Aku dengan cepat cuba menarik Fahmi keluar. Aku tak mampu. Aku semakin panik melihat minyak dari kereta keluar. " Fahmi.awak tahan ye..nanti ada orang tolong kita." Aku menatap sayu wajah Fahmi. Tiba tiba aku mendengar letusan kecil dan mata aku terus membulat bila ternampak pecikkan api di bawah kereta. Beberapa orang yang cuba membantu tadi terus menjauhkan diri kerana takut kereta ini akan meletup. " Miera saya tak boleh nak mengucap..tolong ajar saya Miera.." Fahmi merayu aku. Aku cuba mengajar tapi lidah Fahmi masih kelu. Darah membuak buak keluar dari mulut dan hidung Fahmi. Dalam hati aku berdoa agar Allah permudahkan bagi Fahmi. "Adik,cepat jauhkan diri.kereta tu nak meletup" . seorang pakcik menarik kuat tangan kuat aku. Puas aku merayu supaya melepaskan tangan aku. Aku perlu selamatkan Fahmi. " tolong kawan saya pakcik, sa..." Belum sempat aku menghabiskan kata ,tiba tiba aku melihat kereta itu terbakar. Aku menjerit memanggil Fahmi sebelum aku melihat semuanya gelap gelita. Fahmi betul betul telah menjauh..

Ahad, 18 Januari 2015

Dukaku bab 1

Banyak betul cuti kat Malaysia ni..cuti sekolah.cuti hujung minggu..cuti bendera jepun lagi. Bahgiakan jadi wanita ni. Senang masuk syurga pun senang masuk neraka. Macam manala nak masuk syurga kalau solat yang jadi tiang agama pun duk patah je.                                  
"Zarra!!!                                                                 
"Zarraaaaaa!!!                                                                                                                                        Tu dia suara kuntilanak. Siapa lagi kalau bukan kakak tiri intan payung bunga emas mak tiri dengan abah aku.Nasib baik tidak tertelan air liur basi dek terkejut ngan si Sofea. Akak aku tu cantik sangat sudahla tinggi,putih memang cukup pakejla jadi rebutan jejaka. Huh..hampeh nak puji dia ni.           "Ye kak..orang bangun dah ni".bangunla sangat.Mulut je bangun sikit sebab nak jawabkan. Badan ni melekat lagi kat tilam. Awal pagi lagi dah menjerit.Sebut tiri macam jahat je bunyinya tapi sebenarnya diala orang yang paling rapat denganku. Suspen je aku ni. Dengar je aku menyahut tak sampai 2 saat akak aku dah bukak pintu terus lompat atas katil. Bergegar otak aku pagi pagi ni. Nasib baik aku sayang giler kat dia ni kalau tidak dah lama aku betulkan kaki aku kat muka dia ni. Berdosanya fikiran aku ni.                                                            
"Dik.jom teman aku kuar".                               
"Eh kak..ko giler ape ajak orang kuar pagi bute ni.baru lepas subuh kut".                           "Alaaaaa..jogging jom dik...".                           
Aku ni stress bile dengar suara meleret dia. Dengan muda tidak cukup sen tu.Lemah betul camni. Benci. Hairan aku tiba-tiba ajak jogging. Ini mesti ada sesuatu yang luar alam dalam kepala.                                                                            "Akak ni buang tabiat ke? Mimpi pelik ke malam tadi.?" Aku pandang muka dia menanti riaknya.                                                     "Hish mulut ko dik. Akak sengkeh kepala tu baru tau. Akak nak kuruskan badan ni. I feel demokla dik. Perut ni rase dah berlipat". Siap muncung lagi mulut tu.                                                                   Melopong mulut dan mata aku dengar alasan Sofea. Badan sekeping katanya dah gemuk or demok. Apala dia ni. Oh lupa sebenarnya Sofea ni model. Kena jaga badan tapi hantu nasi Arab. Semua jenis nasi Arab dia bedal. Aku sayang sangat kat Sofea ngan mak. Walaupun mereka bukan sedarah tapi kami lebih dari hubungan darah. Aku kehilangan ibu seawal usia 5 tahun. Ibu meninggal kerana kemalangan. Masa itu abah macam hilang arah kerana terpaksa menjagaku dan berkerja. Kerana kasihankan aku  arwah nenek memaksa abah kahwin lagi. Mak adalah anak kenalan arwah nenek. Seorang janda yang juga kematian suami. Syukur mak sangat baik dan penyayang. Setiap tutur mak sangat lembut. Aku terharu dengan kasih mak sampai tidak pernah aku merasa kekurangan kasih seorang ibu kandung.

e novel..Dukaku..prolog

Semalam yang aku tinggalkan. Mengharapkan ini semuanya hanyalah mimpi. Sepi ini. Rindu ini. Duka ini. Membuat hatiku mati.. 

Aku tidak mampu menolak takdir ini..

yeahhhh....akhirnyer..

Bjaya gak bt blog..mcm budak skolah je..hehe..malu tp mahu.saje je nk share crite bosan..duk jd katak bwh kaca je.bru blajaq ni..